Alhamdulillah.. masuk hari ini da genap 5 hari kita berpuasa..insyallah akan ada 25 hari lagi kita akan menempuh hari yang mulia dimana bulan bagi umat islam mencari sebanyak mungkin pahala..kerana itu yang ALLAH s.w.t. janjikan pada setiap hambanya..
Dalam setiap apa yang kita buat pasti akan ada yang melihat.. terpulang pada mereka untuk menilainya.. kerana apa yang mereka fikir adalah hak mereka.. Sebab itu lah Allah kurniakan otak untuk berfikir.. tapi memang tak salah jika cuba untuk mengubah perspektif orang tapi bukan dengan cara paksaan atau kekasaran.
Kita ini manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.. melalui kesalahan itu lah kita boleh menjadi lebih baik atau sebaliknya. tetapi untuk mencapai kesempurnaan itu satu yang mustahil kerana itu hanya ada pada sifat-sifat Allah.
Tetapi masih ada diantara kita yang terlalu taksub dengan pandangannya. Merasakan yang dirinya sentiasa betul.
Memaksa orang lain berfikir seperti apa yang dia fikirkan itu adalah sesuatu yang tidak sihat. Apabila ditegur akan melenting.. mengamuk.. mungkin itu adalah salah satu tanda penyakit hati.. hmmm..bagaimana untuk menghadapi golongan seperti ini??
pertama...
cuba untuk bertenang dan jangan cepat panas hati.. dengan cara ini kita akan mengelakkan keadaan bertukar menjadi pergaduhan... cuba untuk menegurnya dengan cara yang lembut dan sopan .. insyallah bukan hati kita sahaja yang akan sejuk mungkin hatinya juga akan jadi lembut...
Kedua...
cuba elak dari membincangkan hal-hal yang serius.. hal-hal seperti politik, isu semasa... dan sebagainya yang memerlukan perbincangan yang formal...
Ketiga..
Doakan agar dia akan menyedari kesilapannya. insyaallah doa seseorang untuk orang lain adalah doa yang dimakburkan..
AKHIR KATA DARI SAYA.. KITA HIDUP DIDUNIA INI HANYA SEMENTARA.. JANGAN MENDESAK DIRI MEMIKIRKAN SESUATU YANG BERADA DILUAR KEMAMPUAN KITA. salam....

No comments:
Post a Comment
jangan le segan nak comment ye...trimas