Rasa macam dah lama sangat Adi tak menulis dalam blog ni. Tetibe rasa macam nak tulis sesuatu. Baru-baru ni Adi baru kehilangan kawan yang sangat rapat dengan Adi. Kehilangan bukanlah dari segi kematian tapi dia pergi meninggalkan Adi untuk menyambung pengajiannya di SPA untuk nursing.
Apa-apa pun Adi tetap doakan dia bahagia kat sana. Topic sebenar Adi menulis ni adalah ''MEMILIH KAWAN''. Sebelum tu Adi nak tanya., kamu memilih tak dalam mencari kawan??
Tanya dalam hati dan jawab jugalah pada hati kamu masing-masing. Adakah kita memilih dari segi kecantikan? kehebatan? kebaikan? kekayaan? kepandaian? atau apa?
Dulu mak Adi selalu pesan, ''cari kawan tu elok-elok.'' macam mana kawan yang elok tu?? kawan yang menolong kite masa susah? atau kawan yang menujuk kita jalan yang benar?
Kalau kita hanya berkawan dengan orang yang pandai, habis orang yang kurang pandai nak kawan dengan siapa? Orang pandai nak ke kawan dengan orang yang tak pandai ni? Putaran ni macam tak betul kan.. Akhirnya, orang pandai dengan orang pandai, orang kurang pandai dengan orang kurang pandai...
Pernah tak kamu nampak atau mengalami situasi bergini?
Situasi pertama:
Aminah mempunyai seorang kawan baik,Siti. Aminah cantik tetapi Siti biasa saja. Pada mulanya hubungan mereka baik tetapi mereka mula renggang bila Aminah merasakan bahawa Siti ini susah nak dibawa berjalan kerana pernampilannya yang oldschool dan Aminah berasa malu . Kemudian Aminah mula berkenalan dengan Semah yang sangat terkenal dengan rupanya yang menawan. Sejak hari itu Aminah merasa yakin untuk berjalan dengan Semah.
Situasi kedua:
Amir kurang bijak. Dia juga mempunyai kawan, Supian yang juga kurang bijak sepertinya. Apabila Amir bertanyakan soalan pelajaran kepada Supian, Supian jarang menjawabnya dengan betul. Lama kelamaan Amir menjadi bosan dan mula berkawan dengan Kamil dan sejak itu perlajarannya meningkat. Amir mulai tidak rapat dengan Supian.
Situasi ketiga:
Joyah seorang yang bijak, dia juga dikelilingi kawan yang juga bijak, tetapi kawan-kawan Joyah suka berbanga diri dan hanya berkawan dengan orang yang setaraf dengannya. Joyah rimas dan mula berkawan dengan Mona yang kurang pandai tetapi baik dan merendah diri. Sejak perkenalan mereka prestasi Mona dan Joyah bertambah baik dan mereka berkawan baik...
ok lah. kalau kamu sendiri pernah tak alami situasi-situasi seperti diatas?
Untuk situasi pertama. memang tak patut lah Aminah meninggalkan Siti hanya kerana dia rasa dirinya tidak mendapat perhatian. Perlu kah perhatian itu? kalau boleh bagi kita makan sekalipun, tapi atas nama orang lain Adi rasa itu adalah sesuatu yang low class...
Bagi situasi kedua pula... memang lah Supian tu tak pandai, tapi apa salahnya Amir ajak sekali Supian berkawan dengan Kamil.. sama-sama pandai. ini tinggalkan kawan sendiri sebab kawannya itu tidak memberi manafaat padanya. Bayangkan lah jika suatu hari Kamil tinggalkan Amir sebab Amir tak pandai. Baru tahu rasa.
Situasi ketiga selalu berlaku, tapi tindakan kita tu betul tak? dalam pergaulan kita akan jumpa dengan macam-macam jenis manusia berserta ragamnya. Kita kena terima segala kelebihan dan kekurangan kawannya. Sebuah persahabatan itu lebih bermakna jika kita dapat mambantu kawan jika mereka mengalami kesusahan. Joyah mampu mangubah mona kepada yang lebih baik. kelemahan bukan alasan kita tak berkawan dengan orang tu. jika kita dah cuba tapi tak berhasil nak buat macam mana kan. Dan lagi satu yang perlu diingati adalah, jika kelemahan orang itu memudaratkan kita dan kita telah cuba membantu tapi tiada perubahan, mungkin ada pengecualian disitu.
Ingatlah, Allah S.W.T jadi kan semua manusia berbeza. Ada kekurangan dan kelebihan tersendiri, saling melengkapi dan memenuhi. jangan fikir apa kawan kita boleh buat untuk kita, tapi fikir apa yang kita boleh buat untuk kawan kita. yang paling penting jangan mengunakan kawan kita untuk kepantingan kita sendiri....salam

No comments:
Post a Comment
jangan le segan nak comment ye...trimas