skip to main |
skip to sidebar
Minggu Pengurusan Pelajar Baru
ASSALAMUALAIKUM
Lame tak update blog. Rindu pula. Sekarang Adi jadi facilitator kat kolej Adi. Walaupun penat tapi seronok sangat. Kat sini Adi jumpe dengan ramai kawan yang Adi sendiri tak pernah jumpa atau terserempak walaupun kami satu kolej. Mungkin sebab Adi PDT (program dua tahun) dan majoriti mereka disini adalah dari PST (program satu tahun). Yup mase nie lah kita nak kenal ngan mereka-mereka ni.
Apa yang Adi nak cerita kan lat sini ialah tentang jenis-jenis mereka yang Adi jumpa kat sini. Ada yang pendiam, ada yang banyak sangat mulut, dan ada juga yang kelakar. Macam haziq, Haspa,Hanafi, dan banyak lah lagi. Kat sini banyak juga akak-akak serta abang-abang exPDT. Mungkin oleh kerana mereka ada banyak pengalaman tentang pengurusan pelajar baru ni jadi kami lebih merujuk kepada mereka jika ada apa-apa yang kami tak faham.
Banyak juga lah permainan baru yang Adi belajar kat sini. Break lah, pindah kan batu kecil, tepuk anak jin, tepuk shin chan... macam-macam lah. Permainan ni akan kami gunakan untuk mase pengurusan pelajar baru nanti. Semua permainan tu Abang-abang dan kakak-kakak exPDT yang ajar. Ternyata mereka memang banyak pengalaman dan idea. Yang paling penting mereka semua sporting-sporting belaka.
Tapi tak kan semua best-best belaka kan. Mesti lah ada sikit yang buat Adi tak selesa. Adi ni student PDT, jadi hubungan Adi dengan mereka agak rengang sikit. Bukan mereka pinggirkan Adi tapi Adi yang segan sebab Adi tak pernah bercakap dengan mereka. Tapi Alhamdilillah.. semakin lame Adi dah ok dengan mereka.
pisss.....: Adi harap minggu MPPB pada 28 aribulan nanti akan berjalan dengan lancar. Insyaallah...salam
No comments:
Post a Comment
jangan le segan nak comment ye...trimas