Saturday, 12 May 2012

Apa bezanya kamu?

ASSALAMUALAIKUM....

Pejam celik pejam celik, tak sangke dah 4 minggu Adi kat rumah dan maknenye.. ahad(21/5) nie Adi da kene balik kolej. Sedih pulak tetibe.. Tapi tak pe, Adi yang dah volunter nak jadi faci untuk kemasukan pelajar baru nanti.
       Di masa Adi duduk rumah termenung sana, termenung sini teringat pula pada kawan Adi mase waktu sekolah dulu. Seingat Adi die seorang perempuan. Madona(bukan nama sebenar) ni seorang yang cantik lah juga. Ramai yang minat kat dia mase zaman sekolah dulu. Hot lah katakan. Dia ni memang baik cuma ada satu saja perangai serta peil die yang Adi tak berapa minat sangat. Iaitu...jeng jeng jeng...
    Opsssss...sebelum tu biar lah Adi cerita apa yang jadi then kamu boleh agak ape yang cuba Adi katakan ni.
    Senah(juga bukan nama sebenar) adalah seorang yang orang dah tahu sikap dia macam mana. Dia kalau boleh nak menonjolkan diri dari semua segi termasuk lah nak lebih cantik dari orang lain, nak lagi pandai dari orang lain, smua orang ada dia kene ada juga. Boleh dikatakan dia tak nak kalah lah. Oleh kerana itu ramai yang tak suka dengan perangai dia ni. Termasuk lah Madona.
   Madona selalu ngadu kat Adi yang dia tak suka pernagai Senah tu. Iya Adi tak nafikan yang Adi sendiri meluat dengan sikap si Senah tu. Tapi ada sesuatu yang ramai tak tahu ialah... Sebenarnya sikap Senah tu same je dengan sikap Madona.
   Ramai yang tak perasan sebab Madona kan comel lote... Mungkin kalau dah kenal dengan die lebih dekat baru dia tunjuk sikap dia tu. Dia tak suka orang ambil hak dia, tapi dia buat benda yang sama. Apa nak pelik.. manusia memang macam tu.Adi tak cakap lah yang Adi ni perfect sangat. Cuma apa yang Adi perasan sebenarnya kita memang kenal diri kita. Tapi orang sekeliling yang rapat dengan kita yang lebih tahu sikap sebenar kita.
   Apa-apa pun kita ni tak lari dari buat salah. Yang penting kita jangan suka dok mengata orang sebab sekali kita dok tunding jadi kat orang beribu-ribu jari akan di hala kat kita. Adi ni pun tak lah baik mane pun gi mengata  kawan sendiri.hehe.. Apa -apa pun Adi nak minta maaf sangat sangat kat Madona sebab dok mengata Madona ni.
   Sekarang Adi dah tak jumpa dia lagi dah..lost contact orang putih cakap. Tapi Adi tetap doakan dia akan temui kebahagiaan..huhu




Aritu Adi ade jalan-jalan kat blog orang then jumpa pulak blog ni... bercerita pasal manusia plastik ni...SINI.. kalau ada masa bacalah ok....salam...

No comments:

Post a Comment

jangan le segan nak comment ye...trimas