Wednesday 19 September 2012

Terungkap Tak Terucap

ASSALAMUALAIKUM..

Kadang-kadang lidah menyebut tapi hati membantah, rasa sakit bila kata-kata keluar dari mulut sendiri. Bibir mengukir senyuman tapi jiwa rasa tertekan. Memang takdir itu satu ketentuan, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Sebagai manusia yang lemah, kita hanya mampu berdoa, agar akan ada bahagia untuk kita suatu hati nanti. Kalah bukan titik akhir dalam hidup, tapi menyerah kalah itu adalah pengakhiran segalanya.
      Air mata itu ada kalanya menjadi tanda pada hati kita, terusik, tersentuh. Tapi adakah kita sendiri mengerti hati kita sendiri?  Mungkin iya, dan mungkin juga tidak. Kadang-kadang kita susah untuk mentafsir hati kita sendiri. Lukanya hati ini adakalanya menjadi penawar dalam hidup kita, menjadi pengalaman yang paling bermakna.
     Sesuatu yang berlaku pada diri sebenarnya dalam diam menjadikan kita seorang yang matang. berfikir bukan sahaja untuk diri malah untuk orang di sekeliling kita. Tak semestinya baik untuk kita baik juga untuk orang lain.
     Allah s.w.t jadikan manusia berserta jalan ceritanya yang tersendiri, kitalah watak utama, hero dalam setiap babak. Bukan semua yang kita ada itu hak milik kita. Percayalah, Allah s.w.t maha mengetahui. Salam