Baru-baru, Adi ada terjumpa sebuah buku yang menarik perhatian Adi. Buku tu Adi jumpa kat masjid kat kolej Adi. Niat nak pinjam tapi sekarang dah jadi milik hak hakiki Adi.. Disebabkan Adi suka sangat buku so Adi beli lah buku tu. Tak kisah lah dah berapa kali dan berapa banyak orang yang dah pinjam, Adi tekad untuk memilikinya..ceh.. Ada satu topik ni yang Adi minat sangat iaitu ''POKOK PEREMPUAN"
So sudi-sudilah bace yer..
''POKOK PEREMPUAN''
''Betul. Pokok semalu ini pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung dan ada sifat malu, tidak membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya.'' sibapa mula berfalsafah.
"Pokok perempuan? Pokok pun ada lelaki dan perempuan ke? tanya si anak.
"Ada. Pokok semalu memang pokok perempuan.
DALAM amalan tradisional, pokok semalu memang terkenal sebagai pokok herba yang digunakan untuk manfaat kaum perempua. Pokok berkenaan jika direbus bersama buah manjakani dan asam keping. airnya berguna untuk membersihkan anggota sulit kaum perempuan serta mengembalikan ke sifat asal selepas bersalin.
Itulah pokok semalu, yang sepatutnyabagus dimanfaatkanoleh kaum perempuandan mestiditeladani sifatnya.
Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh. Ia akan mengucup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. Balik ke rumah, serta pelihara aurat dan diri.
''petikan dari buku Murabbi Cinta''

Bagi sesiapa yang tak pernah tengok atau jumpa pokok semalu.. ha...ni lah rupanya.
Akhirkata dari saya... salam..

haha..aku suke maen pokok nie time kecik
ReplyDeletesame lah kite.... haha
Deleterindu zaman budak2..