Hari ni macam nak post sesuatu yang selalu bermain diminda,dibenak hati, disanubari.... masa tu ada seorang lecturer saya menyuruh kami satu kuliah menulis satu surat untuk menyatakan apa yang kami tak puas hati tentang dia, saya tulis, tapi macam merepek je apa yang saya tulis tu... jadi saya nak tulis balik apa yang sebenarnya yang ada dibenak hati saya....
........................................................................................................................................................................
Buat guruku,
Cikgu suruh kami tulis apa yang kami tak puas hati dengan cikgu ......
Cikgu marah kami bila tak siapkan assigment, kami buat muka masam, tapi akhirnya kami siapkan juga assigment tu....bukan susah pun sebenarnya.
Adakala kami datang lambat ke ke kuliah, cikgu perli-perli kami. tapi lepas tu kami dah tak pernah datang lambat lagi.
Cikgu suka sangat tenung-tenung kami, kami rasa tak selesa tau.. tapi barulah kami tau yang kami ada buat salah.
Cikgu pernah terasa dengan kami, Kami ingat cikgu gurau-gurau,rupanya memang cikgu terasa hati dengan kami. Maaf cikgu. kami tau kami khilaf.
Cikgu banding-bandingkan kami dengan pelajar yang lain, kami rasa geram, tapi kami rasa tercabar.
Tapi kan cikgu,
Bagi saya cikgu umpama ibu saya. Walau macam mana pun cikgu buat terhadap kami, itu adalah cara untuk cikgu tunjukkan sayang cikgu pada kami. Kami tak kisah dan ambil hati pun pada apa yang cikgu lakukan pada kami kerana kami tau apa yang cikgu buat tu adalah untuk kebaikan kami juga.
Satu je yang saya nak minta dari cikgu, walaupun saya tau yang saya tak layak. Saya harap sangat cikgu halalkan semua ilmu yang cingu sumbangkan pada kami, maafkan segala kekhilafan kami selama ini, jika ada salah kami harap cikgu tak simpan dalam hati. Harap juga cikgu terima apa jua buruk baik kami.
.........................................................................................................................................................................
Itu yang kalau boleh saya nak tuliskan buat cikgu. tapi pada masa itu saya macam tak boleh fikir panjang pun.
"Ya Allah s.w.t, kau berikan lah kebahagiaan kepada guru para pensyarahku, Kau berkatilah setiap hari-harinya di muka bumi ini Ya Allah. kau kurniakan lah taufiq dan hidayah keatasnya. Kau kurniakan lah jua kesabaran keatas hati mereka untuk mendidik anak-anak bangsa.Kau berkatilah hidup mereka, Kau limpahilah kesenangan serta kebahagiaannya didunia dan di akhirat Ya Allah. Kau ampuni lah segala dosa-dosa mereka.. Yarabbalalamin...."
Pn Rozita, cantik kan orangnya, teringin nak jadi sepertinya tapi kita kena bersyukur atas kurniaannya....


No comments:
Post a Comment
jangan le segan nak comment ye...trimas