Hari ni hari pertama Adi sambut hari sabtu dirumah. Ceh, bunyi nak suspen kan. Pagi-pagi ibu da kejut pergi satu aktiviti anjuran AADK kampung sempena minggu mencegah dadah. Mula nya malas nak pergi tapi tak nak lah kecewakan ibu.
Sampai kat tempat tu, agak terkejut juga lah bila tengok hanya ada dua orang je kat dalam dewan tu. Itu pun ahli urus setia. Kami pun tunggu lah dalam setengah jam supaya dewan penuh tapi lepas satu jam, hanya Adi dan kawan Adi, Katty je yang muda dan dalam 20 orang mak cik-mak cik yang ada pagi tu. Itu pun ada dalam kalangan mereka yang dah tua dan susah nak jalan. Pelik, mana semua penduduk kampung yang muda ni? Aktiviti ni kan nak banteras dadah.. Hello kawan, mak cik hisap dadah ke?
Sedih sebenarnya masa tengok muka para penceramah dan pengurus majlis. Mereka dengan semangat nak tolong bangsa kita tapi yang menyokong tu sikit sangat. Tak apa lah, majlis kan perlu diteruskan. Kami diagihkan 4 kumpulan. Adi,ibu dan Katty terpisah sekejap. Kami tak satu kumpulan. Dalam aktiviti hari tu, kami buat macam-macam aktiviti. Adi kena bersaing dengan ibu Adi sendiri.Pada mulanya Adi ingat boring tapi sebenarnya seronok. Menguji minda kami. Tapi kalau yang join tu anak2 muda macam Adi kan lagi best.
Last sekali kumpulan Adi dapat nombor satu. Wah tak berbaloi Adi berusaha sebaik mungkin. Ahli kumpulan Adi pun semua ok. Walaupun mereka berusia tapi mereka menunjukkan semangat yang tinggi. Adi pulang dengan jajan ( makanan ringgan) penuh dalam beg. huhu.
Apa yang Adi nak cuba sampaikan kat sini ialah, kita sebagai rakyat Malaysia kene lah sokong aktiviti macam ni. banyak ilmu dan manfaat yang kita boleh dapat dari situ. Untung masih ada yang prihatin kat kita, jangan nanti bila tak ada orang yang nak ambil tahu tentang kita baru kita terhegeh-hegeh cari mereka. Kalau bukan kita anak-anak muda sokong aktiviti-aktiviti macam nia, siapa lagi kan. Tak kan lah nak harap mak cik-mak cik yang dah tua dan tak larat tu. Bukan tu je, para kaum Adam pun hanya sorang je yang datang. Hai abang, pakcik, adek sekalian.... mana peranan anda sebagai khalifah dimuka bumi ini??? Adi bukan lah nak emotional. Tapi Adi geram dengan sikat endah tak endah mereka.
p/s: maaf lah kalau Adi menyinggung perasaan sesiapa, Adi cuma nak luahkan apa yang Adi rasa... salam....


No comments:
Post a Comment
jangan le segan nak comment ye...trimas