Thursday, 1 March 2012

hati wanita...

assalamualaikum...

Sebelum saya berbicara lebih lanjut. Saya nak mintak maaf kalau-kalau entry saya ni membuatkan anda yang membaca sakit hati atau tersentap. saya hanya menyuarakan rasa hati. Berkongsi buah fikiran.hehe.

ok lah. saya, seorang hamba ALLAH S.W.T yang dilahirkan sebagai seorang wanita ingin berkongsikan tentang wanita yang mungkin tak ramai yang tahu mahupun sedar. Pekara pertama yang kamu perlu tahu ialah hati wanita itu sangat rapuh. Sekeras mana, sekental manapun seorang wanita itu, hati mereka senang untuk cair. Ibarat kerak nasi, sekeras manapun, kalau direndam dalam air pasti akan lembut juga.

Buktinya.... kalau mereka menonton drama atau movie sedih seperti OMBAK RINDU, NUR KASIH, dan banyak lagi drama-drama swasta yang lahir di persada industri negara kita mahupun luar negara kamu akan dapat lihat air mata akan mengalir dipipi mereka. tak percaya, cubalah bawa ibu anda ke panggung wayang. Kakak ke. kalau ade yang terfikir untuk membawa girlfriend anda ke panggung wayang, pastikan halal dulu eh. kalau tak pun beli tiket dalam 5 atau 6 keping dan duduk jauh-jauh. Bukan apa, mengelakkan maksiat. Cara kedua pula. Sila belikan mereka novel cinta yang sedih-sedih. Itu pon mujarab juga.

Jadi, pesanan saya kepada kaum-kaum Adam sekalian, jagalah hati mereka yang halus ini kerana sekali mereka terluka, makan masa yang lama untuk sembuh. Anda mungkin tidak sedar, tindak tanduk anda juga boleh membuatkan mereka terluka. Jika anda masih mempunyai ibu, Jaga lah dia kerana syurga anda berada ditelapak kaki ibu untuk seumur hidup anda.

Bagi yang mempunyai kekasih hati, fikir sejenak adakah wanita itu akan anda jadikan isteri, for sure, masuk lah meminang. Jadikan hubungan itu hubungan yang halal. ok lah. kalau kamu cakap nak kenal hati masing-masing dulu. Boleh je, tapi bataskan hubungan itu.

Dan jika kamu tidak serius padanya, dan anggapnya sebagai kawan, jangan lah layan dia dengan sangat baik. Kerana hati wanita mudah tersentuh dengan layanan yang baik. Mungkin anda anggap dia kawan biasa, tapi dia akan fikir lain jika anda terus menerus melayan dia dengan sangat baik..



Mungkin ada diantara kamu yang tidak faham macam mana layanan sangat baik itu. Ok, meh saya kasi tau..

1.Jangan panggil dia dengan panggilan yang kononnye romantik seperti sayang, honey, dan sebagainya.

2.Jangan tenung matanya dalam-dalam kerana dari mata turun ke hati.

3.Jangan layan dia dengan layanan sangat baik seperti sangat risau bila dia sakit atau sedang sedih.

4. Jangan buat-buat jeles kalau dia bermesej,telefon,berhubung atau bercakap pasal lelaki lain jika anda sebenarnya tidak cemburu.

5.Dan, jika anda ada kawan baik  (perempuan), jgn la baik sangat, kesian kat pasangan anda, juga pada kawan baik anda itu kerana percayalah, lelaki dan perempuan tak mungkin akan jadi kawan baik. Percaya lah.

konklusinye.... jangan lah letakkan harapan yang tinggi pada mereka (kawan wanita)  yang anda anggap hanya kawan biasa.

So, Renungkan la ye. Saya bukan nak berlagak tahu. Fikirlah sejenak apa yang saya post nie. dan beribu kemaafan saya hulurkan jika ade yang terasa.... salam..




No comments:

Post a Comment

jangan le segan nak comment ye...trimas